NEWS

PELAJAR SARJANA SAINS KOREKSIONAL DEDAH KESEDARAN TERHADAP JENAYAH

 

SAPSP Online: 21 Mei 2019.Perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh pensyarah dan mahasiswa UUM memberi pencerahan dan motivasi kepada remaja agar tidak melibatkan diri dalam jenayah yang membawa padah di kemudian hari.

Penasihat program, Dr. Saralah Devi Mariamdaran Chethiyar berkata, mereka terdiri daripada Pelajar Sarjana Sains Koreksional dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), UUM yang melaksanakan aktiviti kumpulan SSYM 5013 Modifikasi Tingkah Laku Kriminal.

?Lapan pelajar yang terlibat antaranya yang bertugas di Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia yang membincangkan isu belia dan jenayah, penyalahgunaan dadah, penjara serta masalah sosial yang berlaku di Malaysia,? jelasnya.

Menurutnya, objektif program ini adalah untuk menganalisis teori dengan jenis masalah tingkah laku, mengenal pasti, menggunakan kaedah serta strategi menangani tingkah laku yang bermasalah dan belajar memodifikasikan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah.

Beliau yang juga Pensyarah kursus SSYM 5013 bersyukur program sehari itu berjalan lancar hasil kerjasama Kolej Genius, Klang, Selangor yang memberi kesedaran dan meningkatkan semangat para pelajar untuk gigih menimba ilmu serta memilih jalan yang benar mengikut undang-undang.

Perkongsian pensyarah dan mahasiswa UUM ini memberi pencerahan dan motivasi kepada remaja agar tidak melibatkan diri dalam jenayah yang membawa padah di kemudian hari.

?Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Kolej Genius yang memberi peluang kepada UUM untuk menjalankan ?Program Modifikasi Tingkah Laku Genius? sebagai satu perkongsian bersama para pelajarnya,? ujarnya.