×

Warning

Joomla\CMS\Filesystem\Folder::create: Could not create folder.Path: /var/www/wwwroot/sapsp/cache/com_templates

NEWS

PROGRAM DIGITAL REMAJA PUPUK KESEDARAN KESALAHAN JENAYAH

 

SAPSP Online: 1 Ogos 2019.Bagi meningkatkan kesedaran tentang pencegahan jenayah yang semakin berleluasa sekarang terutama dalam kalangan belia, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah menganjurkan Program Digital Remaja di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, baru-baru ini.

Penasihat program, Dr. Saralah Devi Mariamdaran berkata, program selama sehari itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman tentang koreksional, memberi pendedahan dan informasi berhubung kesedaran jenayah dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman dan idea bersama remaja.

Menurutnya, Digital Remaja mempunyai modul tersendiri dan dikendalikan penceramah yang merupakan pakar dari Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Katanya, jenayah berlaku di mana-mana dan tidak mengenal usia, justeru program sedemikian akan membantu memupuk kesedaran tentang kesalahan jenayah dalam kalangan belia Malaysia dan mewujudkan budaya komuniti yang menyesuaikan diri dengan kesedaran untuk mempromosikan generasi muda tanpa jenayah.

"Selain memupuk kesedaran, program ini menjadi platform kepada peserta terdiri golongan belia untuk berhubung dengan pakar-pakar dalam modul Digital Remaja bagi khidmat nasihat, kaunseling dan maklumat terkini.

"Saya berharap program ini akan diteruskan dan diperluaskan ke seluruh Malaysia, seterusnya dapat menonjolkan keperluan kalangan belia yang perlu diberikan tumpuan dalam usaha mencapai sasaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)," katanya.

Seramai 100 pelajar Semester 1 PTSB telah mengikuti pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ceramah berkaitan aktiviti jenayah, jenayah siber, seksual, narkotik, seksual dan pencegahan jenayah.

Digital Remaja itu turut mendapat kerjasama PTSB dan telah dirasmikan Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Safuan Md Noor.