NEWS

RESENSI BUKU – TANYALAH KAUNSELOR

 

SAPSP Online: 2 April 2019. Program Resensi Buku yang membicarakan buku “Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat ” telah berlangsung di Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019, kelmarin.

Menampilkan Profesor dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Noor Azniza Ishak dan Dr. Siti Rozaina Kamsani sebagai moderator mengupas isu tentang kekeluargaan dan masyarakat dalam program yang dianjurkan sempena PBAKL 2019.

Hasil daripada komunikasi yang bijaksana dan terkawal pastinya dapat membuka minda setiap orang serta mencari penyelesaian yang terbaik serta harmoni untuk semua pihak. Dalam resensi itu turut mengupas tentang isu suami isteri, kekeluargaan dan masyarakat.

Buku terbitan UUM Press ini boleh didapati di reruai UUM Press dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di PBAKL 2019 yang sedang berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.