NEWS

BENGKEL PEMANTAPAN SAPSP BANGUNKAN PELAN STRATEGIK DAN PROMOSI PROGRAM

 

SAPSP Online: 3 April 2019.Warga kerja Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah mengikuti Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Pemasaran 2019 @ Retreat SAPSP bagi membangunkan pelan strategi perniagaan pusat pengajian tersebut.

Bengkel yang diadakan di Damai Park Resort, Merbok baru-baru ini melibatkan semua staf akademik dan pentadbiran bertujuan mengeratkan hubungan antara staf serta mewujudkan persefahaman kerja berkumpulan dalam kalangan staf SAPSP.

Dekan SAPSP, Dr. Abdul Razak Abd Manaf berkata, tujuan utama bengkel tersebut adalah untuk merancang dan membangunkan pelan strategi perniagaan serta mempromosikan program yang ditawarkan di SAPSP.

“Program ini dilihat sangat bersesuaian dalam menyelaras semula perancangan aktiviti kerana mengambil kira cadangan penambahbaikan daripada setiap kakitangan yang hadir.

“Saya berharap semua aktiviti dan program yang telah dilaksanakan ini dapat membantu semua warga kerja SAPSP untuk bekerjasama di antara satu sama lain dan melatih diri masing-masing supaya tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan,” katanya.

Tambahnya lagi, bengkel yang dijalankan secara terbuka dan santai itu akan menggalakkan lagi staf SAPSP untuk bertukar pendapat dan menyuarakan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi mereka.

Bengkel itu dimulakan dengan sesi (ice breaking, taklimat asas pertolongan cemas dan pelbagai aktiviti riadah seperti sukaneka, flying fox dan kembara halangan, selain aktiviti kerohanian dan perbincangan Pengajaran dan Pembelajaran, Perancangan Seminar dan Latihan serta Kebajikan dan Pembangunan Staf.