NEWS

AUDIT KUALITI DALAMAN MS ISO 9001:2015

SAPSP Online: 25 Ogos 2020. Lawatan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bermula pada 23 hingga 24hb Ogos 2020.

Penilaian audit dalaman ini dilakukan oleh lima orang auditor lantikan Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mazni Omar.

Antara perkara yang diaudit ialah program akademik sarjana muda serta hal ehwal pentadbiran dan kewangan di pusat pengajian ini. Para penjawat, staf pentadbiran dan beberapa staf akademik telah ditemubual semasa proses audit tersebut berlangsung.

Sekalung penghargaan dizahirkan buat para auditor dan jutaan terima kasih kepada semua warga SAPSP yang telah bekerjasama menjayakan penilaian pematuhan audit ISO dalaman ini pada kali ini.

Sekian.