NEWS

LAWATAN PELAJAR PROGRAM SARJANA KAUNSELING PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR

SAPSP Online: 9 September 2020. Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah menerima lawatan daripada Pelajar Program Sarjana Kaunseling Pegawai Tadbir Negeri Johor pada 7 hingga 8 September 2020.

Delegasi lawatan diketuai oleh Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor, 25 orang pelajar dan 8 orang urusetia dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Johor.

Sepanjang dua hari lawatan ini, beberapa aktiviti telah dilangsungkan dengan jayanya. Antaranya ialah Taklimat dan Bengkel Kertas Projek dan Praktikum, lawatan ke Anjung Tamu, Akademi Golf Nasional UUM, Muzium Pengurusan UUM dan Perpustakaan Sultanah Bahiyah.

Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim selaku ketua delegasi turut mengadakan kunjung hormat ke atas Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di Balai Tamu Universiti.

Para pelajar juga dibawa melawat kemudahan-kemudahan yang terdapat di SAPSP seperti Makmal Kaunseling & Pembangunan Manusia, Bilik Instrumen dan Bilik Pascasiswazah.

Delegasi juga turut dibawa melawat sekitar UUM bagi menikmati keindahan kampus hijau dan menawan ini.

Pada hari akhir lawatan, satu majlis makan malam turut diadakan bagi merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara SAPSP dan Pejabat SUK pada masa akan datang.

Sekian.