NEWS

MESYUARAT PERSEDIAAN PENILAIAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI MENGIKUT NORMA BAHARU PERINGKAT UNIVERSITI TAHUN 2020

SAPSP Online: 13 September 2020. Lawatan audit Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti Mengikut Norma Baharu Peringkat Universiti Tahun 2020 di pusat pengajian ini akan diadakan pada 21 September 2020.

Berikutan itu, satu mesyuarat persediaan bagi menerima lawatan tersebut telah diadakan pada 13hb September 2020 di BME SAPSP. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dekan SAPSP itu dihadiri oleh Timbalan Dekan dan staf pentadbiran.

Dalam mesyuarat berkenaan, dekan menyatakan keperluan semua pihak di SAPSP untuk saling bekerjasama dan bertindak sebagai satu pasukan dalam melaksanakan sebarang tugasan terutama dalam menghadapi penilaian audit ini. SAPSP beriltizam untuk terus menjadi antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terbaik dan setiap warga SAPSP disaran untuk bekerja dengan lebih keras bagi merealisasikan aspirasi tersebut.

Mesyuarat yang diadakan secara santai turut diserikan dengan juadah soto yang mempunyai kepelbagaian ramuan yang saling berperanan melengkapkan keenakan makanan tersebut, simbolik kepada peranan setiap staf diperlukan dalam membina kecemerlangan sesebuah organisasi.

Sekian.