NEWS

TNC (A&A) TERIMA LAWATAN DELEGASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

SAPSP Online: 10 September 2020. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim telah menerima lawatan delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di Balai Tamu.

Tujuan lawatan delegasi yang diketuai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Hasrin Kamal Hashim itu adalah sempena taklimat praktikum Kaunseling dan Kertas Projek Sarjana Kaunseling bagi pelajar program Sarjana Kaunseling.

Dalam pertemuan itu, Prof. Dr. Yusnidah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kunjungan tersebut dan meluangkan masa beramah mesra bersama delegasi.

Pada kunjungan itu juga, kedua-dua pihak membincangkan beberapa perkara sambil bertukar-tukar idea untuk menerokai peluang kerjasama.

Hadir sama, Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Prof. Madya Dr. Abdul Razak Abd Manaf dan pegawai kanan SAPSP.

Delegasi turut dibawa melawat Welcome Centre serta destinasi menarik sekitar kampus sambil menghirup udara segar dan menikmati kehijauan alam.

Sumber: UUM Online / UUM Corporate Comm.
Oleh: Siti Fatimah Abdullah
Gambar oleh: Shamsaimi Ezil