NEWS

KUNJUNGAN HORMAT SAPSP KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

SAPSP Online: 5 November 2020.Kunjungan Hormat ke Lembaga Zakat negeri Kedah (LZNK) telah diadakan pada 5 November 2020, di Menara Zakat, Alor Setar. Delegasi dari SAPSP yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Abdul Razak Abd Manaf, Dekan telah disambut oleh Tuan Syeikh Haji Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan bagi menjalinkan kolaborasi dalam beberapa perkara, antaranya persidangan, penyelidikan, penerbitan, latihan, praktikum pelajar dan promosi program pascasiswazah.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Prof. Madya Dr. Zarina Mat Saad (Timbalan Dekan), penjawat utama dan pensyarah SAPSP.