• Home
  • News
  • MAJLIS SAPSP BERSAMA NAIB CANSELOR 2016

MAJLIS SAPSP BERSAMA NAIB CANSELOR 2016

SAPSP Online: 29 Mac 2016. Pada Selasa 29 Mac 2016, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamad Mustafa Ishak, Naib Canselor UUM telah menyempurnakan MAJLIS SAPSP BERSAMA NAIB CANSELOR 2016 (MBNC2016) anjuran Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) bertempat di Bangunan SAPSP. Kehadiran Naib Canselor ke SAPSP selama dua (2) jam itu telah diraikan oleh Penolong Naib Canselor UUMCAS, Dekan, Penjawat serta wakil Persatuan Pelajar SAPSP.

Dalam ucapan Naib Canselor, beliau sangat menghargai atas inisiatif yang diambil oleh SAPSP mengadakan majlis sebegini dalam mengeratkan ukhuwah dan perkongsian agenda universiti-pusat pengajian. Dalam aspek kualiti program, beliau menyatakan tentang kepentingan kepada semua pusat pengajian untuk membuat semakan kurikulum dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali atau kurang seiring dengan perubahan persekitaran global yang berlaku. Tambah beliau lagi, sudah sampai masanya semua bidang kaunseling, kerja sosial dan polisi sosial menggunapakai kajian kes sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan. Untuk membolehkan sesi pengajian yang lebih menarik, pihak yang dikaji juga boleh diundang semasa sesi pembelajaran sebagai tetamu dalam membantu pemahaman dengan pelajar.

Tujuan MBNC2016 dianjurkan adalah sebagai meraikan penjenamaan semula nama Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, beberapa pencapaian penting SAPSP bagi tahun 2015 seperti pengiktirafan Asean University Network – Quality Assurance (AUN-QA), pengiktirafan sebagai Johan 5S Pusat Pengajian 2015, selain meraikan mantan kakitangan yang pernah berkhidmat dengan SAPSP dan yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis yang diadakan ini adalah hasil sumbangan dan kerjasama semua kakitangan SAPSP dan bantuan wakil persatuan pelajar SAPSP.

Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak, Dekan SAPSP juga turut menyatakan MBNC2016 yang diadakan kali ini adalah sangat bermakna kepada semua kakitangannya atas pencapaian kakitangan dan Pusat Pengajian secara umumnya selain sebagai menjalinkan ukhuwah bersama pihak pengurusan universiti. Antara jemputan yang hadir ialah Dekan-Dekan dari SOC, SEML, SQS, SMMTC, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COB, CAS dan COLGIS, Pengarah Jabatan Canselori, dan kakitangan yang diraikan oleh SAPSP, iaitu En. Amirullah Ikrami Akkbar Jahan, Puan Norizan Abu Bakar, Puan Jamilah Ibrahim, Puan Rossni Bakar, Puan Ismawati Ismail. Pihak Pengurusan berharap majlis yang diadakan secara bersama dengan Kelab, Sosial, Sukan dan Kebajikan (SOSUKE, SAPSP) ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.

Posted in SAPSP Online

Print

Sky Vegas review bettingy.com/sky-vegas-casino read at bettingy.com