• Home
  • News
  • SAPSP MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN PAROL DI MALAYSIA

SAPSP MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN PAROL DI MALAYSIA

SAPSP Online: 15 September 2017. Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dengan kerjasama Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti (BPPK), Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan Kursus Parole Intervention Certificate (PIC) 2017 bermula dari 7 sehingga 15 September 2017 di SAPSP.

Penganjuran kursus adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran bagi semua pegawai Parol dalam usaha meningkatkan perkhidmatan sistem parol di Malaysia. Seramai 40 orang pegawai Parol dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak telah berjaya menghadirkan diri sepanjang kursus ini diadakan.

Kursus persijilan ini merupakan program awal yang akan melatih kesemua pegawai Parol di Malaysia dan ianya adalah antara usaha untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan pentadbiran dalam sistem parol yang sedia ada di Malaysia seiring dengan sistem parol di Luar Negara.

Kursus ini diakhiri dengan Majllis Penyampaian Sijil oleh Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak dan turut dihadiri oleh TKP Mohd Sabri bin Yaacob (Pengarah Penjara Negeri Kedah) dan PKK Adnan bin Atan (Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Professionalisme IPPM). Semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Sekian.




Posted in SAPSP Online

Print

Sky Vegas review bettingy.com/sky-vegas-casino read at bettingy.com