PROGRAM KEM IFLAH SAPSP 2017

SAPSP Online: 16 September 2017. Program Kem IFLAH SAPSP 2017 telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) pada 14 Hingga 16 September 2017 bertempat di Perkarangan Bangunan SAPSP. Program ini diadakan khusus kepada pelajar baharu Program Sarjana Muda Kaunseling (Dengan Kepujian) dan Program Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (Dengan Kepujian) bagi Sesi Kemasukan Semester Pertama 2017/2018 (A171). Pusat pengajian ini telah menerima seramai 149 pelajar baharu dengan pecahan, 75 orang bagi Program Sarjana Muda Kaunseling manakala selebihnya 74 orang bagi Program Pengurusan Kerja Sosial.

Menurut Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak, Dekan SAPSP antara objektif utama program ini ialah untuk membina hubungan yang akrab antara pelajar baharu dan staf SAPSP khususnya kakitangan akademik dalam membantu dan membimbing pelajar-pelajar ini untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik dan pembangunan sahsiah pelajar. Pelajar akan turut dipantau prestasi akademik dan bakatnya mulai sejak awal lagi melalui sistem mentor-mentee yang mantap.

Antara pengisian program ini ialah pengenalan pelajar kepada UUM secara umum, pengenalan kepada SAPSP, peranan dan tanggungjawab pelajar sebagai mahasiswa, pembangunan sahsiah diri pelajar, pengenalan kepada sistem akademik di Universiti Utara Malaysia serta riadah ilmu.

Turut sama menjayakan Program Kem Iflah SAPSP 2017 ini ialah seramai 45 orang staf akademik dan pentadbiran serta dibantu oleh seramai 50 orang pelajar senior dari Persatuan Pelajar Psikologi (PERKAP) dan Persatuan Pelajar Pengurusan Kerja Sosial. Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak, Dekan SAPSP pada 16 September 2017.

Habis.

Posted in SAPSP Online

Print

Sky Vegas review bettingy.com/sky-vegas-casino read at bettingy.com