• Home
  • News
  • SAPSP MENAWARKAN PROGRAM DALAM BIDANG PROFESIONAL

SAPSP MENAWARKAN PROGRAM DALAM BIDANG PROFESIONAL

SAPSP Online: 6 September 2017. Pada 6 September 2017, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah mengadakan perjumpaan bersama pelajar baharu bagi pengambilan sesi akademik A171 2017/2018. Semua pelajar baharu SAPSP diraikan dalam Sesi Bersama Pusat Pengajian yang diadakan di Dewan Kuliah Gugusan 1 (DKG1/2). SAPSP telah menerima seramai 149 orang pelajar baharu pada sesi pendaftaran pelajar baharu UUM pada 5 September 2017. Dari jumlah tersebut seramai 75 orang pelajar mengambil program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling manakala 74 orang pelajar mengambil program Sarjana Muda Kerja Sosial.

Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak mengucapkan tahniah dan selamat datang ke SAPSP bagi pelajar baharu. Beliau turut berterima kasih kerana telah memilih UUM sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang profesional di SAPSP.

Beliau juga berharap agar semua pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dan memberi fokus kepada kecemerlangan pengajian yang diambil. Selain cemerlang dalam akademik, pelajar juga perlulah aktif dalam aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan. Ianya adalah bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dan profesional bagi memenuhi keperluan industri nanti.

Sesi Bersama Pusat Pengajian ini turut menjemput alumni SAPSP, Mejar (PA) Wan Abd. Rahim Wan Sulaiman, Timbalan Komanden Pusat Latihan JPAM Wilayaj Timur, Jengka Pahang bagi tujuan perkongsian pengalaman belajar di UUM.

Program ini juga turut dihadiri oleh staf akademik dan Pentadbiran SAPSP yang akan bertindak sebagai Mentor kepada pelajar sepanjang pengajian.

Habis.






Posted in SAPSP Online

Print

Sky Vegas review bettingy.com/sky-vegas-casino read at bettingy.com