NEWS

FUN WALK ERAT JALINAN DUA UNIVERSITI

funwalk SAPSP

SAPSP Online: 24 Mac 2019. Fun Walk yang berlangsung di Foyer Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar Dan Kerja Sosial (SAPSP) mengeratkan jalinan silaturahim antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Pengarah,Program Fun Walk, Nor Habibatul Jannah Mohamed Nor berkata, program anjuran Persatuan Kerja Sosial UUM melibatkan kira-kira 100 Pelajar Pengurusan Kerja Sosial UUM dan 29  Pelajar Pengurusan Kerja Sosial UniSZA.

“Bertemakan Promoting The Importance Of Human Relationship acara ini diadakan bagi membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan serta kesihatan diri.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancer dalam program yang bermatlamat untuk menggalakkan semangat sukan yang mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan pelajar yang memberi peluang untuk beriadah secara santai sambil bertanya khabar,” kongsinya.

Menurutnya, objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai Program Pengurusan Kerja Sosial itu sendiri.

“Fun Walk ini dilakukan bagi menyambut Hari Kerja Sosial Sedunia secara tidak langsung ia membuka mata masyarakat mengenai Kerja Sosial itu sendiri di samping  mengeratkan hubungan antara pensyarah dengan pelajar,” tambahnya.

Pada majlis penutup, Dekan SAPSP, Dr. Abdul Razak Abd Manaf mengalu-alukan delegasi dari Unisza dan semua peserta yang hadir.  

“Program seumpama ini dapat membentuk individu yang sihat dan berkualiti di kalangan pensyarah dan pelajar serta mengukuhkan jalinan antara dua universiti,” ucapnya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada urusetia yang bertungkus–lumus menjayakan program ini dengan jayanya serta semua yang memberi komitmen padu.

Habis.

Sumber: UUM Online, Unit Komunikasi Korporat UUM.