
NAIB CANSELOR CAKNA PERKEMBANGAN SAPSP
SAPSP Online: 6 Julai 2022. Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah meneruskan siri lawatan ke pusat pengajian bagi mengetahui perkembangan dan permasalahan yang dihadapi warga kerja terlibat.
Hari ini, beliau telah mengadakan sesi pertemuan dengan barisan penjawat dan staf Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) sebelum memulakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) di situ.

11 PEGAWAI PENJARA TERIMA SURAT TAWARAN LANJUT PENGAJIAN DI SAPSP
SAPSP Online: 23 Jun 2022. Seramai 11 pegawai penjara menerima surat tawaran melanjutkan pengajian bagi program sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Maktab Penjara Malaysia, pagi tadi.
Surat tawaran tersebut disampaikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamad Said kepada tujuh pegawai yang akan mengikuti program PhD dalam pengajian koreksional, manakala selebihnya program sarjana.

SAPSP JALIN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN JABATAN PENJARA MALAYSIA
SAPSP Online: 3 Jun 2022. Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah mengadakan perbincangan bersama berkaitan isu penawaran program pascasiswazah, penyelidikan dan penerbitan demi manfaat bersama.
Hasrat tersebut dicapai selepas lawatan yang diketuai Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Md Zawawi Abu Bakar terhadap Komisioner Jeneral Penjara (KJP), Dato’ Nordin Muhamad di pejabat beliau, baru-baru ini.

KUNJUNGAN HORMAT SAPSP KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)
SAPSP Online: 5 November 2020.Kunjungan Hormat ke Lembaga Zakat negeri Kedah (LZNK) telah diadakan pada 5 November 2020, di Menara Zakat, Alor Setar. Delegasi dari SAPSP yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Abdul Razak Abd Manaf, Dekan telah disambut oleh Tuan Syeikh Haji Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.


MINGGU SUAI KENAL (MSK) PELAJAR BAHARU SEMESTER PERTAMA, SESI 2020/2021


BENGKEL MESRA PORTAL SAPSP


LAWATAN AUDIT 5S STAF PENTADBIRAN


ROADSHOW QS RANKING OLEH INSTITUT PENGURUSAN KUALITI (IPQ) DI SAPSP

MESYUARAT PERSEDIAAN PENILAIAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI MENGIKUT NORMA BAHARU PERINGKAT UNIVERSITI TAHUN 2020
SAPSP Online: 13 September 2020. Lawatan audit Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti Mengikut Norma Baharu Peringkat Universiti Tahun 2020 di pusat pengajian ini akan diadakan pada 21 September 2020.

TNC (A&A) TERIMA LAWATAN DELEGASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
SAPSP Online: 10 September 2020. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim telah menerima lawatan delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di Balai Tamu.
Tujuan lawatan delegasi yang diketuai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Hasrin Kamal Hashim itu adalah sempena taklimat praktikum Kaunseling dan Kertas Projek Sarjana Kaunseling bagi pelajar program Sarjana Kaunseling.

LAWATAN PELAJAR PROGRAM SARJANA KAUNSELING PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR
SAPSP Online: 9 September 2020. Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah menerima lawatan daripada Pelajar Program Sarjana Kaunseling Pegawai Tadbir Negeri Johor pada 7 hingga 8 September 2020.


BENGKEL EKSTRAK TESIS KEPADA JURNAL SCOPUS


PERBINCANGAN SAPSP DENGAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR - KE ARAH PEMBANGUNA KECACATAN (PUSAT HIDUP BEBAS) DAN KUBUDI


TAKLIMAT DANA PENJANA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI - GRADUATE EMPLOYABILITY (KPT-GE)

AUDIT KUALITI DALAMAN MS ISO 9001:2015
SAPSP Online: 25 Ogos 2020. Lawatan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bermula pada 23 hingga 24hb Ogos 2020.


BENGKEL KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK


BENGKEL PENDAFTARAN HAKCIPTA SECARA "HANDS-ON"


BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


TAKLIMAT PENGENALAN SISTEM TEMPAHAN BILIK KULIAH


TAKLIMAT DAN BENGKEL OBE PROGRAM SARJANA


PROGRAM BERSAMA YAYASAN TUNKU KASSIM DAN TUNKU MANSOR


CERAMAH ETIKA DALAM PERKHIDMATAN KAUNSELING


PROGRAM SENAMROBIK DAN HARI MENTOR-MENTEE SAPSP


PROGRAM PERKONGSIAN PENGALAMAN ALUMNI YSS 2019


PROGRAM BICARA ALUMNI SAPSP


PROGRAM MOBILITI BERKREDIT DENGAN UNIVERSITI INDONESIA


LAWATAN PENANDA ARAS IPG KAMPUS IPOH KE SAPSP


BENGKEL PENGARAJAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SAPSP


MAJLIS PENGHARGAAN 5S STAF PENTADBIRAN SAPSP


LAWATAN KERJA PROF. SHAHANA RASOOL DARIPADA UNIVERSITY OF JOHANNESBURG KE SAPSP


LAWATAN KERJA INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) KE SAPSP

MAJLIS SERAH TUGAS PENJAWAT SAPSP 2020
SAPSP Online: 12 Januari 2020. Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial (SAPSP), UUMCAS telah mengadakan Majlis Serah Tugas Penjawat Baharu SAPSP pada 13 Januari 2020, bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, SAPSP.
Majlis ini menyaksikan tiga (3) orang penyelaras yang baharu dilantik iaitu Prof. Madya Dr. Zakiyah Jamaluddin, Penyelaras Program Siswazah (Dasar & Kerja Sosial); Dr. Rosliza Ahmad, Penyelaras Program Sarjana Muda (Psikologi & Kaunseling); dan Puan Rusimah Sayuti, Penyelaras Program Sarjana Muda Program (Kerja Sosial).
KAUNSELING KELOMPOK PENDIDIK BERSAMA PELAJAR KMK
SAPSP Online: 24 Disember 2019. Selaras dengan keperluan sesi kaunseling dalam dunia remaja penuh mencabar ini, Persatuan Pengurusan Pendidikan (Pendidik), UUM mengadakan program kaunseling kelompok, Explore Your Future with Pendidik bersama pelajar pelajar Kolej Matrikulasi Kedah.
Pengarah program, Adh Dhamirah Abdul Jalil berkata, program yang disertai 120 ahli Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) sebagai klien kepada 40 pelajar Pendidik ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada para pelajar Pendidik yang mengambil kursus Teori dan Praktis Kaunseling Kelompok (SSKC2233).
MASYARAKAT PERLU UBAH PERSEPSI TERHADAP BEKAS BANDUAN DAN PENAGIH
SAPSP Online: 18 November 2019. Persepsi negatif masyarakat yang masih menebal terhadap bekas banduan dan bekas penagih dadah harus diubah dalam usaha membantu mereka diterima dalam masyarakat semula.
Sehubungan itu, bagi mengupas permasalahan tersebut, pelajar program Pengurusan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah mengadakan wacana ilmu ‘Penerimaan Mampu Memulihkan’ di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 6/2, baru-baru ini.
KEPERLUAN ADVOKASI DALAM HADAPI NEGARA TUA 2030
SAPSP Online: 8 Oktober 2019. Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan. Justeru, satu advokasi perlu dilaksanakan secara meluas dalam memastikan kesejahteraan warga emas dicapai pada tahap optimum.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan Dan Kebajikan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad berkata, perangkaan pada tahun 2018 menunjukkan bilangan warga emas di Malaysia telah meningkat kepada 3.23 juta iaitu 10 peratus daripada jumlah populasi penduduk berjumlah 32.4 juta.
PASUKAN INOVASI UUM RANGKUL PINGAT EMAS EDUCATIONAL TECHNOLOGY COUNSELING INNOVATION INTERNATIONAL SYMPOSIUM
SAPSP Online: 7 Oktober 2019. Pasukan inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai Prof. Dr. Noor Azniza Ishak dari Pusat Pengajian Psikologi Sosial, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) berjaya merangkul pingat emas pada Educational Technology Counseling Innovation International Symposium di Brunei Darussalam, baru-baru ini.
Menurut Prof. Dr. Noor Azniza Ishak, pingat emas itu diperoleh menerusi projek Psychosocial Training Manual for Volunteers (PsyCoT-M) dan Modul Konsultasi Terapeutik Keluarga.
PROGRAM DIGITAL REMAJA PUPUK KESEDARAN KESALAHAN JENAYAH
SAPSP Online: 1 Ogos 2019.Bagi meningkatkan kesedaran tentang pencegahan jenayah yang semakin berleluasa sekarang terutama dalam kalangan belia, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah menganjurkan Program Digital Remaja di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, baru-baru ini.
Penasihat program, Dr. Saralah Devi Mariamdaran berkata, program selama sehari itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman tentang koreksional, memberi pendedahan dan informasi berhubung kesedaran jenayah dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman dan idea bersama remaja.
PELAJAR SARJANA SAINS KOREKSIONAL DEDAH KESEDARAN TERHADAP JENAYAH
SAPSP Online: 21 Mei 2019.Perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh pensyarah dan mahasiswa UUM memberi pencerahan dan motivasi kepada remaja agar tidak melibatkan diri dalam jenayah yang membawa padah di kemudian hari.
Penasihat program, Dr. Saralah Devi Mariamdaran Chethiyar berkata, mereka terdiri daripada Pelajar Sarjana Sains Koreksional dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), UUM yang melaksanakan aktiviti kumpulan SSYM 5013 Modifikasi Tingkah Laku Kriminal.
BENGKEL PEMANTAPAN SAPSP BANGUNKAN PELAN STRATEGIK DAN PROMOSI PROGRAM
SAPSP Online: 3 April 2019.Warga kerja Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah mengikuti Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Pemasaran 2019 @ Retreat SAPSP bagi membangunkan pelan strategi perniagaan pusat pengajian tersebut.
Bengkel yang diadakan di Damai Park Resort, Merbok baru-baru ini melibatkan semua staf akademik dan pentadbiran bertujuan mengeratkan hubungan antara staf serta mewujudkan persefahaman kerja berkumpulan dalam kalangan staf SAPSP.
RESENSI BUKU – TANYALAH KAUNSELOR
SAPSP Online: 2 April 2019. Program Resensi Buku yang membicarakan buku “Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat ” telah berlangsung di Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019, kelmarin.
Seruan “Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat” adalah panggilan khusus kepada semua yang berkeluarga dan mereka yang berada dalam masyarakat untuk tampil berkongsi isu dan masalah yang melanda diri mereka serta keluarga mereka.
SPEC BANGKIT SEMANGAT BERI KOMITMEN JITU DALAM KERJAYA
SAPSP ONLINE: 26 Mac 2019. Kejayaan 77 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperoleh Sijil Eksekutif Praktis Kerja Sosial (SPEC) diharap membangkitkan semangat jitu terhadap kerjaya.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad yang mewakili Naib Canselor berkata, jadikan kejayaan itu bukan sahaja meningkatkan komitmen jitu terhadap kerjaya, malah menjadi inspirasi kepada rakan dan juga ahli keluarga.
GOLDEN MIND AND INTERGENERATIONAL SEMINAR INSTILLS AWARENESS AND STRENGTHENS GENERATIONAL RELATIONS
SAPSP Online: 21 March 2019. In conjunction with the World Social Day Celebration celebrated annually on 19 March, the Department of Social Welfare (JKM) in collaboration with the Universiti Utara Malaysia (UUM) School of Applied Psychology, Social Work and Policy (SAPSP) organised the Kedah State Level Golden Mind and Intergenerational Relationships among Senior Citizens, Children and Adolescents Seminar 2019 which took place at Cluster Lecture Hall 1.
KUNJUNGAN HORMAT KOMISIONER JENERAL PENJARA

SAPSP Online: 9 Mac 2019. Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah menerima kunjungan hormat Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Omar di Balai Tamu, Canselori, Khamis lalu. Kunjungan bertujuan membincangkan mengenai halatuju dan memantapkan lagi kerjasama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan institusi koreksional di Malaysia yang telah terjalin lebih 13 tahun, khususnya melalui Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP).
Read more...NAIB CANSELOR ADAKAN LAWATAN MUHIBAH KE PUSAT PENGAJIAN DAN PUSAT TANGGUNGJAWAB
SAPSP Online: 19 Februari 2019. Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah mengadakan lawatan muhibah ke atas pusat pengajian dan pusat tanggungjawab (PTJ), baru-baru ini. Antara pusat pengajian dan PTJ terlibat ialah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dan Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI). Beliau memulakan lawatan muhibah tersebut ke pejabat SAPSP yang disambut oleh Penolong Naib Canselor UUMCAS, Prof. Dr. Huda Ibrahim dan Dekan SAPSP, Dr. Abdul Razak Abd Manaf.

Baru Terbit! Untuk maklumat lanjut dan pembelian, kunjungi kedai buku online UUM Press.
Baru Terbit! Untuk maklumat lanjut dan pembelian, kunjungi Macmillan International Higher Education.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, kunjungi kedai buku online UUM Press.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, kunjungi kedai buku online UUM Press.