NEWS

MAJLIS SERAH TUGAS PENJAWAT SAPSP 2020

SAPSP Online: 12 Januari 2020. Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial (SAPSP), UUMCAS telah mengadakan Majlis Serah Tugas Penjawat Baharu SAPSP pada 13 Januari 2020, bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, SAPSP.

Majlis ini menyaksikan tiga (3) orang penyelaras yang baharu dilantik iaitu Prof. Madya Dr. Zakiyah Jamaluddin, Penyelaras Program Siswazah (Dasar & Kerja Sosial); Dr. Rosliza Ahmad, Penyelaras Program Sarjana Muda (Psikologi & Kaunseling); dan Puan Rusimah Sayuti, Penyelaras Program Sarjana Muda Program (Kerja Sosial).

Manakala jawatan Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, dan Penyelaras bagi Program Siswazah (Psikologi & Kaunseling dan Koreksional) menerima lantikan semula yang kesemuanya berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.

Pihak SAPSP mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan penyelaras program iaitu Dr. Fatimah Zailly Ahmad Ramli, Dr. Norzalinda Mohd Ali Hanafiah dan Puan Sabasiah Husin yang telah banyak membantu dalam pentadbiran bagi tahun 2019.

Pihak SAPSP juga mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas dan amanah untuk semua penjawat yang baharu.

Sekian.