Institut Sosial Malaysia Iktiraf UUM Rakan Strategik

27 DISEMBER 2023 / 14 JAMADILAKHIR 1445H

Oleh: Omar Ibrahim

Gambar oleh: SAPSP

1

UUM ONLINE:
 Kuala Lumpur - Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri mengiktaraf Universiti Utara Malaysia sebagai rakan strategik.

Dalam program anjuran Apresiasi “Semurni Usaha” Institut Sosial Malaysia (ISM) baru-baru ini di Kuala Lumpur, Nancy Shukri menyerahkan sijil apresiasi kepada Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Prof. Madya Dr Md Zawawi Abu Bakar atas kolaborasi pihak UUM dengan ISM sepanjang tahun 2023.

2

Antaranya ialah Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan (PESAN2023), penawaran Sijil Eksekutif Kerja Sosial (SPAKS) kepada para pekerja sosial dan Bengkel TOT Anti Gangguan Seksual serta pelbagai bentuk perkongsian kepakaran SAPSP seperti kursus, modul, latihan dan sebagainya.

Menurut Dr Md Zawawi, program apresiasi sebegini menunjukkan pihak ISM dan KPWKM menghargai peranan dimainkan UUM melalui kepakaran, perkongsian pengetahuan dan kemahiran tenaga akademiknya dalam usaha secara kolaboratif dalam membangunkan keluarga, masyarakat dan komuniti yang menjadi fokus utama ISM dan KPWKM.3

Pada program sama pengiktirafan juga turut diberikan oleh pihak ISM kepada staf akademik UUM iaitu Prof. Madya Dr Md Zawawi Abu Bakar, Prof. Madya Dr Abdul Razak Abdul Manaf, Prof. Madya Dr Rajwani Md Zain, Dr Teoh Ai Hua, Dr Ahmad Shukri Abdul Hamid, Dr Norzalinda Mohd Ali Hanafiah, Puan  Rusimah Sayuti dan Prof. Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Dato’ Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM iaitu dan Dr Faridah Awang, Pengarah ISM.