BOOKS

Modul Teori Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT): Aplikasi Kes Wanita Bermadu

Nur Hikmah Mubarak Ali, Nadiyah Elias, Mariny Abdul Ghani, Norazlina Zakaria, 2024

ISBN 978-629-491-113-0, 100 hlm., RM30.00

Modul merupakan sebuah unit pengajaran dan pembelajaran bertujuan memudahkan individu belajar secara bersendirian supaya dapat menguasai sesuatu unit pembelajaran dengan mudah dan tepat. Modul juga merupakan satu panduan yang mengandungi objektif, langkah-langkah, prosedur dan matlamat yang perlu dicapai oleh klien. Modul yang dibina dalam kajian ini iaitu modul yang menggunakan pendekatan gabungan Teori Kognitif Tingkah Laku dan Kaunseling Islam serta pembinaan modul berasaskan proses kaunseling kelompok. Modul Teori Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT) merupakan modul bimbingan pembentukan diri bagi membantu masalah pemikiran yang salah serta bercanggah dengan norma masyarakat dan acuan Islam.

Modul ini membantu klien mengenal pasti corak pemikiran diri dan memahami pemikiran salah yang boleh mendatangkan masalah dalam mencorakkan tingkah laku positif. Modul ini juga membantu klien agar berusaha membuang corak pemikiran salah dalam diri. Proses ini seterusnya diikuti dengan usaha penyingkiran sifat-sifat mazmumah (pemikiran yang negatif) dengan melakukan tindakan yang positif dengan mengembangkan sifat-sifat mahmudah (pemikiran positif) yang diredai oleh Allah swt. Modul ini secara khusus memberi contoh kes aplikasi yang melibatkan wanita bermadu yang mempunyai pemikiran yang tidak sihat yang tidak dapat bertingkah laku secara baik. Namun begitu, dengan sedikit pengubahsuaian modul ini boleh digunakan dalam kelompok lain seperti remaja, pelajar sekolah dan sebagainya.

Buy Now

Jenayah Dari Perspektif Klasik, Biososial dan Trait Personaliti

Norruzeyati Che Mohd Nasir, 2023

ISBN 978-967-0031-94-1, 187 hlm., RM40.00

Buku ini membincangkan tiga perspektif teori jenayah iaitu klasik, biososial dan trait personaliti untuk memberikan kefahaman mendalam kepada pembaca. Trait personaliti merupakan salah satu komponen dalam disiplin psikologi yang berkait dengan aspek biososial manusia. Karya ini diharap mampu menjadi rujukan kepada pembaca terutamanya pelajar universiti dan ahli akademik daripada disiplin kriminologi, sosiologi, kerja sosial, psikologi, kaunseling, pendidikan dan pembangunan manusia serta penjawat awam yang berhubung secara langsung dengan klien pesalah jenayah. Memahami faktor penglibatan klien dalam jenayah dapat membantu perancangan intervensi yang efektif dan efisien.

Buy Now

Adaptasi Ilmu Kaunseling dalam Komuniti: Ke Arah Pembudayaan Celik Psikologi Untuk Kesejahteraan Psikososial-Eksplorasi Dapatan Empirikal

(Siri Syarahan Pengukuhan Profesor)

Noor Azniza Ishak, 2024

ISBN 978-629-491-009-6, 232 hlm., RM25.00

Buku ini menghimpunkan dapatan empirikal daripada adaptasi ilmu kaunseling dalam komuniti mengikut kategori bidang psikososial. Hal ini memerlukan kefahaman dan eksplorasi mendalam bagi membina kefahaman dan kesedaran kepada psikologi manusia yang ditebarkan dalam keadaan kehidupan yang pelbagai. Fokus penulisan ini lebih kepada penggunaan ilmu kaunseling yang dipraktikkan dalam psikososial manusia untuk membina kesejahteraan komuniti dalam bidang corak pemakanan, pemulihan komuniti, penyalahgunaan bahan, keselamatan awam dan intervensi psikososial. Dapatan kajian serta implikasi yang dikongsi bersama pembaca dapat menerangkan secara umum tentang cara manusia memerlukan sokongan sosial dalam kehidupan mereka dalam meneruskan usaha bertarung hidup demi sebuah kehidupan yang sejahtera.

Lima bidang tumpuan yang difokuskan sepanjang 23 tahun kajian dalam komuniti dikongsikan sebagai ilmu baharu kepada komuniti untuk mendidik komuniti agar celik psikologi bagi menjamin kesejahteraan psikososial. Penerapan ilmu kaunseling dalam komuniti dapat membentuk komuniti yang prihatin kepada diri mereka dan persekitaran dengan mengawal emosi untuk kesejahteraan sejagat. Tidak lagi timbul isu ‘menjaga tepi kain orang’ tetapi setiap ahli dalam komuniti saling memahami dan melengkapi untuk terus hidup dan membina psikososial yang sejahtera.

Syarahan ini ialah ringkasan kepada adaptasi ilmu kaunseling dalam komuniti yang dapatan empirikalnya diringkaskan untuk rujukan para ilmuan, pengamal ilmu kaunseling dan psikologi, pensyarah dan pelajar serta agensi koreksional yang berkaitan. Dapatan empirikal secara terkumpul ini dapat memberikan petunjuk awal kepada komuniti cara bertingkah laku dan berinteraksi secara psikologi dalam komuniti. Semoga penulisan ringkas ini dapat memberi petunjuk dan panduan kepada komuniti sejagat.

Buy Now

Impak Covid-19 dan Krisis Kesihatan Mental

Editor : Abdul Razak Abd Manaf, Mohd Azrin Mohd Nasir & Rajwani Md Zain, 2023

ISBN 978-629-7582-59-7, 225 hlm., RM40.00

Buku ini mengandungi lapan bab yang membincangkan pelbagai topik kesihatan mental dan hubung kaitnya dengan pandemik COVID-19 yang melanda masyarakat di Malaysia. Perbincangan dalam bab-bab yang terpilih ini mengajak pembaca untuk memahami senario wabak COVID-19, isu-isu yang terkait dengan penularannya dan dinamik perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Secara ringkasnya, bab-bab dalam buku ini ditulis untuk memberi kesedaran, pemahaman dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani impak wabak ini sekali gus memastikan kesejahteraan mental masyarakat umum terpelihara. Para pembaca digesa meneliti secara kritikal setiap maklumat yang disampaikan dan menjadikan bahan penulisan setiap bab yang dikongsi sebagai asas untuk merangka strategi intervensi terbaik bagi sama-sama membantu menyelesaikan apa juga isu kesihatan mental yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.

Buy Now

Cabaran dan Pendekatan Pendidikan Semasa Pandemik Covid-19

Editor : Zarina Mat Saad, Fatimah Zailly Ahmad Ramli & Zakiyah Jamaluddin, 2023

ISBN 978-967-0031-75-0, 266 hlm., RM48.00

Buku ini membincangkan pelbagai isu dan cabaran dalam bidang pendidikan semasa era pandemic COVID-19. Buku ini ditulis melalui koleksi penulisan yang bertumpu kepada isu dan cabaran yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik iaitu merangkumi transisi pengajaran dan pembelajaran, integrity akademik dan kejujuran ilmiah, pengaplikasian teknologi digital, perspektif pengguna iaitu pelajar terhadap kesan pandemik dan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran serta cabarannya kepada kumpulan sasar yang berbeza.

Secara umumnya, bab-bab ini ditulis berdasarkan kajian yang dijalankan secara empirikal, kajian kepustakaan dan pengalaman yang berlatar belakangkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia. Kesinambungan isu yang dibincangkan menarik pembaca untuk mempertingkatkan pengetahuan dan memahami implikasi yang wujud dalam pendidikan semasa pandemik COVID-19 dengan lebih menyeluruh.

Buy Now

Kaunseling Koreksional

Robert D. Hanser, Scott M. Mire

Turut Menyumbang: Alton Braddock

Penterjemah: Yahaya Mahamood, Jamaludin Mustaffa, Noor Azniza Ishak, Siti Rozaina Kamsani, Fuziah Shaffie, Md Zawawi Abu Bakar, Wan Abdul Rahman Khudri, Saralah Devi a/p Mariamdaran, Norruzeyati Che Mohd Nasir, Azemi Shaari & Kamal Abd Hamid, 2023

ISBN 978-967-0031-59-0, 453 hlm, RM60.00

Secara idealnya, teks ini ditulis untuk pelajar sistem keadilan jenayah pada peringkat pra dan pascasiswazah. Kebanyakan teks keadilan jenayah tentang kaunseling koreksional atau rawatan pesalah membekalkan gambaran menyeluruh yang ringkas mengenai proses rawatan, tanpa memberi maklumat kepada pelajar keadilan jenayah tentang cara melaksanakan proses rawatan secara khusus. Kami percaya tindakan itu tidak akan dapat membekalkan pelajar keadilan jenayah gambaran yang sempurna tentang proses rawatan. Oleh sebab kursus rawatan koreksional kian popular dalam lingkungan disiplin keadilan jenayah, kami percaya para pelajar akan memerlukan maklumat yang lebih dan bukan sekadar pengenalan kepada proses rawatan. Mereka perlukan lebih pendedahan kepada peralatan-peralatan rawatan yang bersesuaian jika ingin terlibat dalam perkhidmatan klinikal.

Di samping itu, teks ini boleh digunakan dengan mudah oleh disiplin lain seperti kaunseling dan kerja sosial bagi kursus yang dihalakan ke arah kaunseling dan rawatan pesalah. Pertama, bahanbahan tentang proses kaunseling itu sendiri boleh membekalkan bahan peneguhan yang baik bagi pelajar kerana teks ini mencakupi asas-asas proses kaunseling sepanjang tahanan mereka, bermula daripada penangkapan/penahanan sehinggalah mereka dibebaskan. Kedua, teks ini menyediakan pelajar dengan maklumat yang khusus bagi pesalah-pesalah tertentu di samping rawatan yang umum untuk populasi pesalah lain. Setakat ini belum ada lagi teks kaunseling yang tersebar luas dalam pasaran yang membekalkan maklumat rawatan kaunseling secara terperinci mengikut jenis-jenis pesalah. Oleh sebab itu, dengan kemasukan teks ini kepakaran kaunselor yang sedang meningkat bagi bidang kaunseling koreksional dapat diperkasakan oleh maklumat dan sumber-sumber yang kurang diberi perhatian oleh kebanyakan program kaunseling.

Buy Now

Penyisihan Sosial Kumpulan Marginal

Editor Norruzeyati Che Mohd Nasir, Mohammad Rahim Kamaluddin & Mohd. Alif Jasni, 2022

ISBN 978-967-2486-88-6, 279 hlm., RM40.00

Isu penyisihan sosial kumpulan marginal merupakan isu sejagat yang perlu diberikan keutamaan kerana pembangunan sesebuah negara dianggap gagal mencapai matlamat sebenar sekiranya masih ada golongan yang terpinggir daripada arus perdana.

Dasar pembangunan negara jelas menekankan peri pentingnya memastikan inklusiviti kumpulan marginal supaya segenap lapisan masyarakat dapat mengecap kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati hari ini. Walau bagaimanapun, masih ada kumpulan individu yang tersisih kerana latar sosial dan sejarah hidup mereka yang devian (seperti penagih dadah, bekas banduan dan pekerja seks). Oleh sebab itu, buku ini menjadi medium untuk mengangkat “suara” kumpulan marginal supaya mendapat perhatian pemegang taruh berkaitan.

Buy Now

Pengantar Psikologi (Edisi Kedua)

Pengantar Psikologi (Edisi Kedua)

Yahaya Mahamood, Siti Azura Bahadin, Siti Rozaina Kamsani, Azmi Shaari, Zarina Mat Saad, Noor Azniza Ishak, Mohd Makzan Musa & Nabisah Ibrahim, 2023

ISBN 978-967-0031-99-6, 577 hlm., RM52.00

Buku Pengantar Psikologi (Edisi Kedua) ini mempunyai beberapa penambahan dari segi kandungan serta ilustrasi bagi meningkatkan kefahaman pembaca mengenai ilmu psikologi. Dua bab telah ditambah menjadikannya 13 bab kesemuanya. Kandungan bab tersebut dirombak semula. Beberapa bahagian dalam setiap bab ditambah kandungan supaya kelihatan lebih komprehensif. Walau bagaimanapun kandungan tersebut boleh ditambah baik lagi pada masa akan datang kerana ilmu psikologi ini dinamik sifatnya.

Bab yang ditambah itu adalah Penderiaan dan Persepsi dalam Bab 4 dan Ingatan dan Kelupaan dalam Bab 8. Justeru, turutan bab dalam edisi kedua ini agak berlainan sedikit daripada yang pertama dahulu. Di samping itu terdapat juga perubahan pada tajuk bab dengan adanya penambahan pada kandungan bab yang berkaitan. Adalah diharapkan segala penambahbaikan ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut kandungan disiplin psikologi.

Buy Now

Ketum dari Perspektif Psikososial: Manfaat Atau Mudarat

Editor: Noor Azniza Ishak, Jamaludin Mustafa, Kamal Ab Hamid, Siti Rozaina Kamsani, 2022

ISBN 978-967-2486-84-8, hlm., RM25.00

Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Walau bagaimanapun, air rebusan daun ketum disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Buku ini ditulis sebagai panduan kepada pembuat dasar terutamanya Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam merangka polisi atau pelan tindakan yang bersesuaian dan penambahbaikan yang diperlukan bagi program pencegahan yang sedia ada. Buku ini juga menyarankan kaedah yang berkesan dari segi penyampaian maklumat dalam mengatasi masalah penyalahgunaan air ketum. Selain itu, buku ini ditulis untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat dalam mengetahui fenomena sebenar penyalahgunaan air ketum masyarakat kini.

Buy Now

Pengantar Kerja Sosial

Editor:Abdul Razak Abd Manaf, Ahmad Shukri Abdul Hamid, Azlin Hilma Hillaluddin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli, Fuziah Shaffie, Md Zawawi Abu Bakar, Noor Azizah Ahmad, Norruzeyati Che Mohd Nasir, Norzalinda Mohd Ali Hanafiah, Nurhazlina Mohd Ariffin, Rajwani Md. Zain, Rusimah Sayuti, Sharima Ruwaida Abbas, Teoh Ai Hua, Yusmarhaini Yusof, Zakiyah Jamaluddin & Zarina Mat Saad, 2021

ISBN 978-967-2486-23-7, 376 hlm., RM45.00

Buku ini diolah bagi membincangkan beberapa perkara asas yang difikirkan amat perlu diketahui dan difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan profesion kerja sosial. Buku ini juga disusun untuk memenuhi keperluan bahan bacaan dalam bahasa Melayu dalam bidang kerja sosial di Malaysia.

Penerbitan buku ini diharap dapat sedikit sebanyak menampung kekurangan bahan bacaan dan juga sumber rujukan dalam bidang kerja sosial di negara ini. Ia mengandungi penulisan daripada para pensyarah Program Pengurusan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia sejajar dengan perkembangan perkhidmatan sosial dan isu-isu sosial yang semakin kompleks

Buy Now

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 4)

Penyunting: Noor Azniza Ishak, Siti Rozaina Kamsani & Zainudin Omar, 2021

ISBN 978-967-2486-37-4, 126 hlm., RM28.00

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 1-4) adalah hasil daripada Seminar Kajian Kes Kaunseling. Peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (Kaunselor) serta individu yang berkecimpung dalam bidang kaunseling. Kes yang dibentangkan dalam seminar ini adalah kes sebenar dan dipilih untuk diterbitkan.

Buku ini amat berharga kepada para kaunselor kerana kes yang dibincangkan dalam buku ini dijadikan panduan dan rujukan mereka. Pembaca dipandu secara kronologi iaitu, pada awalnya mereka diberikan kes serta perjalanan sesi yang dilakukan.

Sandaran teori dibuat oleh kaunselor dalam usaha mencari penyelesaian kes, seterusnya tindakan serta susulan yang perlu dilakukan oleh seseorang kaunselor. Buku ini boleh menjadi bacaan permulaan yang baik kepada para guru kaunselor serta mereka yang berminat dengan bidang ini. Berkonsepkan buku kreatif menjadikan buku ini agak santai dibaca.

Buy Now

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 3)

Editor: Noor Azniza Ishak, Siti Rozaina Kamsani & Zainudin Omar, 2021

ISBN 978-967-2486-37-4, 126 hlm., RM28.00

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 1-4) adalah hasil daripada Seminar Kajian Kes Kaunseling. Peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (Kaunselor) serta individu yang berkecimpung dalam bidang kaunseling. Kes yang dibentangkan dalam seminar ini adalah kes sebenar dan dipilih untuk diterbitkan.

Buku ini amat berharga kepada para kaunselor kerana kes yang dibincangkan dalam buku ini dijadikan panduan dan rujukan mereka. Pembaca dipandu secara kronologi iaitu, pada awalnya mereka diberikan kes serta perjalanan sesi yang dilakukan.

Buy Now

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 2)

Editor: Zainudin Omar, Siti Rozaina Kamsani, Noor Azniza Ishak, Sabasiah Husin, 2021

ISBN 978-967-2486-35-0, 101 hlm., RM28.00

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 1-4) adalah hasil daripada Seminar Kajian Kes Kaunseling. Peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (Kaunselor) serta individu yang berkecimpung dalam bidang kaunseling. Kes yang dibentangkan dalam seminar ini adalah kes sebenar dan dipilih untuk diterbitkan.

Buku ini amat berharga kepada para kaunselor kerana kes yang dibincangkan dalam buku ini dijadikan panduan dan rujukan mereka. Pembaca dipandu secara kronologi iaitu, pada awalnya mereka diberikan kes serta perjalanan sesi yang dilakukan.

Buy Now

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 1)

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah. (Jilid 1)

Editor: Siti Rozaina Kamsani, Zainudin Omar, Noor Azniza Ishak & Syaliza Adiba Tewiran, 2021

ISBN 978-967-2486-34-3, 114 hlm., RM28.00

Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah (Jilid 1-4) adalah hasil daripada Seminar Kajian Kes Kaunseling. Peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (Kaunselor) serta individu yang berkecimpung dalam bidang kaunseling. Kes yang dibentangkan dalam seminar ini adalah kes sebenar dan dipilih untuk diterbitkan.

Buy Now

Knowing the Self: Attachment and Therapeutic Alliance for Mental Health Professionals

Editor: Yusmarhaini Yusof

Bloomsbury Academic, 24 Sept 2019 - Psychology - 176 pages

This exciting new book explores attachment, alliance and therapeutic practice. Grounded in theory and built on new research findings based on adult attachment styles, it brings together ideas on attachment and the connections that counsellors and therapists make with the people who seek their help.

Buy Now

Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga

Editor: Siti Rozaina Kamsani, Noor Azniza Ishak, Nabisah Ibrahim, 2019

ISBN 978-967-2210-15-3, 199 hlm., RM35.00

Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga merupakan sebuah buku yang membincangkan tentang kes-kes yang berlaku dalam institusi kekeluargaan dalam masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-teori kaunseling perkahwinan dan keluarga diaplikasikan dalam setiap kes yang dikongsi bersama kaunselor. Perkongsian kes yang bijaksana ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada kaunselor, lay counselor, penolong kaunselor, dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu isu keluarga dan perkahwinan.

Buy Now

Prinsip Asas dan Perkembangan Kerja Sosial di Malaysia

Editor: Norruzeyati Che Mohd Nasir, 2019

ISBN 978-967-2210-40-5, 140 hlm., RM30.00

Buku ini memerihalkan tentang prinsip asas kerja sosial, sejarah perkembangan kerja sosial sama ada sebagai disiplin ilmu atau profesion pertolongan profesional dan pendidikan kerja sosial di Malaysia. Disiplin kerja sosial merupakan cabang ilmu sains sosial yang melatih pekerja sosial untuk melakukan praktis intervensi dengan sistem mikro, mezzo dan makro. Matlamat utama praktis kerja sosial ialah meningkatkan kefungsian dan kesejahteraan biopsikososial serta memperkasakan klien yang terdiri daripada kumpulan rentan atau marginal.

Buy Now

Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat

Editor: Noor Azniza Ishak, 2018

ISBN 978-967-2210-14-6, 216 hlm., RM30.00

Seruan Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat adalah panggilan khusus kepada semua yang berkeluarga dan berada dalam masyarakat untuk tampil berkongsi isu dan masalah yang melanda diri mereka serta keluarga mereka. Pengkongsian yang bijak dan bermanfaat ini akan dapat membuka minda kita agar boleh melakarkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak. Apabila manusia dilanda masalah, mereka seringkali buntu dan gagal berfikir secara rasional dalam mencari jalan keluar bagi isu yang mereka hadapi. Kegagalan ini boleh membawa kepada perpecahan, perpisahan, pergaduhan, perceraian serta sakit hati yang berpanjangan.

Buy Now

Asas-Asas Amalan Kerja Sosial

Abdul Razak Abd Manaf, Nur Farhana Mohamad Nore, Norzilla Jamaludin, Fatin Hakimah Mohd Arshad & Tuan Muhammad Zukri Tuan Sembok, 2012

ISBN 978-967-5311-87-1, 234 hlm., RM35.00

Buku ini membincangkan asas-asas amalan kerja sosial yang menjadi tunjang dalam merungkai dan mengolah fenomena kehidupan manusia yang begitu kompleks. Secara umumnya buku ini cuba mengajak para pembaca untuk meneliti secara umum profesion kerja sosial dan skop amalan yang menjadi teras dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada klien-kliennya.

Buku ini juga mengajak para pembaca untuk memahami proses dan intipati penting yang berlaku dalam melaksanakan intervensi sama ada dalam konteks indivitu, keluarga, kelompok, komuniti dan juga organisasi. Buku ini amat sesuai dibaca dan diharap mampu memberi maklumat yang bermanfaat kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam profesion kerja sosial, para pendidik, para pelajar yang mengikuti program kerja sosial dan juga kepada individu yang berminat untuk memperkasa potensi diri serta membantu masyarakat umum.

Buy Now

Pengurusan & Amalan Kerja Sosial

Penyunting: Abdul Razak Abd Manaf, Noor Azizah Ahmad & Ahmad Shukri Abdul Hamid, 2011

ISBN 978-967-5311-64-2, 307 hlm., RM 46.00

Buku ini merupakan himpunan artikel yang dihasilkan oleh ahli akademik daripada Program Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia. Ianya dihasilkan bagi memperkasa lagi bahan bacaan ilmiah dalam bahasa kebangsaan berkaitan kerja sosial di negara ini.

Buku ini memaparkan dan mengupas pelbagai isu yang berkait rapat dengan pengurusan dan amalan kerja sosial. Buku ini juga mengajak pembaca memahami dan meneliti aspek pengurusan, teori dan amalan kerja sosial yang menjurus kepada pelbagai golongan sasaran dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada kumpulan ini.

Antara tajuk yang dibincangkan ialah dasar sosial, pentadbiran organisasi kerja sosial, kebajikan sosial kanak-kanak, kerja sosial di sekolah, kelompok kecil, penglibatan ibu bapa dan kanak-kanak istimewa, remaja dan juvenil, penagihan bahan, stigma dan AIDS serta kepentingan pembelajaran reflektif dalam pendidikan kerja sosial.

Buy Now

Pengurusan Perkhidmatan Kerja Sosial di Malaysia

Penyunting: Zakiyah Jamaluddin, 2003

ISBN 983-2479-51-7, 357 hlm., RM 40.30

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan dan kertas kerja sisipan sempena Persidangan Kebangsaan Kerja Sosial 2000. Buku ini memaparkan beberapa isu dan pemasalahan yang meliputi masyarakat Malaysian amnya, selain membicarakan tentang latar belakang dan sejarah perkembangan serta polisi yang berkait rapat dengan bidang kerja sosial.

Ia sesuai untuk semua peringkat pembaca yang meliputi golongan pelajar, pendidik, pekerja sosial golongan profesional dan pembuat dasar dalam pelbagai sektor perkhidmatan.

Buy Now