Bersempena sambutan Bulan Kerja Sosial 2024, Program Kerja Sosial SAPSP telah melakukan Program Promosi dan Jaringan Profesional Program Kerja Sosial ke pantai timur pada 3-7 Mac 2024. Rombongan yang diketuai oleh Dekan SAPSP Prof. Madya Dr. Md. Zawawi Abu Bakar ini turut disertai oleh Timb. Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Madya Dr. Azlin Hilma Hillaluddin, Pengerusi Program Pascasiswazah Kerja Sosial, Dr. Teoh Ai Hua, Pengerusi Program Sarjana Muda, Puan Rusimah Sayuti serta pensyarah-pensyarah Kerja Sosial.
Lawatan dimulakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan dan Rumah Generasiku Sayang di Kota Bharu. Persinggahan seterusnya adalah di pejabat Yayasan Raja Shamri di Pasir Puteh, Kelantan.
Rombongan kemudian meneruskan lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu. Seterusnya, delegasi turut mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu bersama rakan-rakan Program Kerja Sosial di sana. Lawatan diakhiri dengan Pejabat Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional di Pejabat SUK Terengganu bersama Pengerusi Jawatankuasa iaitu YB Maliaman Kassim.
Pertemuan bersama alumni Kerja Sosial di kedua-dua negeri turut dilakukan bagi menjejaki bekas-bekas pelajar dan memastikan hubungan mesra tetap terjalin.
Buen Vivir: Shared Future for Transformative Change (Buen Vivir: Perkongsian Masa Depan bagi Perubahan Transformatif - (Tema Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 19 MAc 2024)
#SAPSPdihati
#IlmuBudiBakti
#UniversitiUtaraMalaysia