Pelajar SAPSP di UUMKL Laksana Program Bahasa Isyarat dan Public Speaking Bersama Kanak-Kanak Yayasan Chow Kit

25 Februari 2024 - Pelajar Sarjana Kerja Sosial di bawah kursus SSWA5113 di UUMKL telah melaksanakan projek komuniti bertemakan "Kemahiran Komunikasi Pemangkin Interaksi. Projek ini bertujuan mengajar asas Bahasa Isyarat Malaysia dan asas Pengucapan Awam (Public Speaking) kepada kanak-kanak di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

2

Kemahiran bahasa isyarat tersebut dikendalikan sendiri oleh pelajar iaitu Goh Soo Leng dan Wan Zuraidah Abu yang merupakan jurubahasa Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Manakala, asas Public Speaking dikendalikan oleh Gunawathi Ramachandran, yang merupakan pekerja sosial NGO.

3

Kanak-kanak yang terlibat merupakan kanak-kanak B40 dalam kalangan anak-anak warga tempatan, pelarian dan kanak-kanak tidak berdokumen. Projek ini turut disertai Penasihat Projek iaitu Prof Madya Dr. Azlin Hilma Hillaluddin. Projek ini bertujuan memberi pendedahan kepada kemahiran tambahan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di dalam komuniti.

1

#SAPSPdihati #IlmuBudiBakti #UniversitiUtaraMalaysia