Community Based Education Intervention (C-Bet): No Orang Asli Children Left Behind

12-13 Januari 2024 - Satu projek komuniti bersama Orang Asli bertemakan "Community Based Education Intervention (C-BET): No Orang Asli Children Left Behind" telah berlangsung pada 12 -13 Januari 2024 di Perkampungan Orang Asli Ulu Legong Baling,Kedah.

4

Projek ini adalah anjuran pelajar-pelajar dan pensyarah SAPSP di bawah kursus SSWS2153 Perancangan dan Pembangunan Komuniti. Program bersifat outreach ini bertujuan mendekati komuniti Orang Asli terutamanya kanak-kanak. Projek ini berteraskan keprihatinan dan kesedaran mengenai hak kanak-kanak Orang Asli yang perlu diberi perhatian serta keperluan memastikan mereka tidak tertinggal di dalam arus pembangunan.

5

Aktiviti projek ini melibatkan permainan (game) bersama 40 orang kanak-kanak serta pengedaran permainan kanak-kanak yang telah diperolehi hasil sumbangan orang ramai. Seramai 32 pelajar dan penasihat projek Dr. Norzalinda Mohd Ali Hanafiah telah telibat di dalam program ini. Turut terlibat adalah ibu bapa Orang Asli di perkampungan tersebut.

2

 #SAPSPdihati #IlmuBudiBakti #UniversitiUtaraMalaysia