Majlis Perasmian PESTA BUKU UTARA 2024 telah berlangsung dengan meriahnya di perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM pada Ahad 28 April 2024. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Profesor Dr Mohd Foad Sakdan Naib Canselor UUM yang juga telah melancarkan buku-buku terbitan UUM Press. Dalam Majlis yang sama Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial iaitu Profesor Madya Dr Md Zawawi Abu Bakar telah menerima Anugerah Pusat Pengajian Paling Aktif Penerbitan daripada Pengarah UUM Press Prof Sr. Dr Nasrun Mohd Nawi. SAPSP turut memenangi beberapa anugerah lain iaitu Anugerah Penulis Prolifik melalui PM Dr Norruzeyati Che Mohd Nasir, Anugerah Penulis Harapan iaitu Dr Mohd Alif Jasni dan Anugerah Buku Ilmiah Paling Laris iaitu buku Kaunseling Koreksional dari kumpulan penulis SAPSP yang diketuai oleh Profesor Dr Yahaya Mahamood. Pencapaian ini memberi suntikan kepada para penulis di SAPSP khususnya dan UUM amnya untuk terus melahirkan produk penerbitan keluaran UUMPress yang berkualiti dan berupaya menyumbang kepada perkongsian ilmu kepada para pembaca. PESTA BUKU UTARA 2024 yang bertemakan “Buku Transisi Ilmu” adalah anjuran UUM Press dengan kerjasama Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang berlangsung dari 22 hingga 30 April 2024. Program ini membuka ruang kepada para penerbit untuk memasarkan buku-buku terbitan masing-masing kepada para mahasiswa, ahli akademik dan komuniti setempat. |