Majlis Penyerahan Watikah Prof Adjung SAPSP

28 OGOS 2024 / 23 SAFAR 1446H

Oleh: Omar Ibrahim
Gambar oleh: SAPSP

SINTOK : Universiti sebagai gedung ilmu perlu memberi impak kepada masyarakat melalui penyelidikan dan penerbitan oleh ahli akademik.

Demikian menurut Profesor Adjung Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Datuk Sri Ayub Yaakob semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Profesor Adjung di SAPSP.

Majlis Penyerahan Watikah Prof Adjung SAPSP 1

Beliau yang merupakan mantan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan kini Naib Presiden Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah dilantik sebagai Profesor Adjung berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini sehingga 31 Julai 2026.

Sementara itu, Dekan SAPSP, Prof. Madya Md Zawawi Abu Bakar menyambut baik pelantikan tersebut dan berharap kerjasama dengan pihak MCPF akan dipertingkatkan lagi bagi kepentingan kedua-dua pihak.

Antara kerjasama yang dirancang ialah penglibatan MCPF sebagai rakan kerjasama International Social Development Conference (ISDC) 2024, aktiviti promosi UUM dan memperkenalkan Rakan MCPF kepada warga kampus.   

Kemudian, Datuk Sri Ayub telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan.

Majlis Penyerahan Watikah Prof Adjung SAPSP 2

Beliau mengucapkan  terima kasih kepada Naib Canselor UUM atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung selain berhasrat menyumbang bakti kepada universiti dan komuniti umumnya atas kapasiti Profesor Adjung dan juga Naib Presiden Kanan MCPF.

Turut hadir, Exco MCPF, Datuk Kamaruddin Md Ali. – Omar Ibrahim