Program "Fun Walk SAPSP" Sempena Bulan Kaunseling 2024: Tekad Empati, Sejahtera Insani

5 November 2024

Gambar Fun Walk Bulan Kaunseling 2024

Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah menganjurkan satu program sempena bulan kaunseling iaitu program Fun Walk bertempat di pusat pengajian 5 November 2024 yang lalu.

Program ini merupakan sebahagian daripada program sempena bulan kaunseling yang bertemakan Tekad Empati, Sejahtera Insani yang melibatkan pelajar kaunseling dari semester 1 hingga 7. Program ini telah dikendalikan oleh pihak Program Psikologi & Kaunseling, SAPSP bersama 65 orang kaunselor pelatih di bawah seliaan pensyarah SAPSP, Puan Syaliza Adiha Binti Tewiran. Turut terlibat dalam program ini adalah seramai 2 orang pelajar mobiliti berkredit UIN Ar Raniry, Acheh Indonesia.

Matlamat program adalah untuk meraikan bulan kaunseling kebangsaan peringkat SAPSP melalui program yang menyeronokkan dengan penyertaan aktif daripada seluruh komuniti SAPSP. Tambahan lagi, dengan aktiviti fun walk ini dapat mendedahkan tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental kepada semua peserta program. Program fun walk dimulakan dengan aktiviti berjalan kaki sejauh dua (2) km di sekitar UUM.

Program yang berkonsepkan mengukuhkan hubungan silaturahim antara komuniti SAPSP ini turut diadakan juga majlis penutup bulan kaunseling SAPSP dan penyampaian hadiah kepada pemenang video pendek dan poster yang berkait dengan tema bulan kaunseling kali ini. Untuk menarik lagi, cabutan bertuah juga diadakan dan tidak ketinggalan program taaruf antara mentor-mentee di hujung program.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Md Zawawi Abu Bakar sebagai perasmi program dan diiringi timbalan-timbalan dekan serta pensyarah SAPSP.