Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-37, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah mengadakan Majlis Hi-Tea Graduan Pascasiswazah baru-baru ini.
Majlis ini bertujuan meraikan pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
Seramai 25 orang graduan yang hadir ke majlis ini termasuk 3 orang graduan program Doktor Falsafah dari Indonesia. Mereka merupakan pensyarah di Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Aceh.
Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Md Zawawi Abu Bakar dalam ucapannya berkata majlis yang diadakan bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang akademik pelajar pascasiswazah dari setiap program yang ditawarkan oleh SAPSP. Beliau turut mempelawa graduan program sarjana untuk menyambung pengajian mereka di peringkat Doktor Falsafah.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Prof. Madya Dr. Siti Rozaina Kamsani, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Azlin Hilma Hilalluddin, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Mohd Azrin Mohd Nasir, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan pensyarah SAPSP yang terlibat sebagai penyelia dan tenaga pengajar kepada graduan terlibat.