SAPSP Latih Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ke Arah Kerja Sosial Professional

12 DISEMBER 2024

WhatsApp Image 2024 12 12 at 9.46.37 AM 1

Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah terlibat dalam program latihan untuk kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan kompetensi dan profesionalisme kerja sosial sepanjang tahun 2024. Program latihan ini adalah hasil Memorandum Perjanjian (MoA) antara Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah dimeterai sejak tahun 2023 untuk melatih barisan hadapan pengamal kerja sosial (frontline social workers) yang menguruskan pelbagai masalah psikososial klien.

WhatsApp Image 2024 12 12 at 9.46.52 AM

Seramai 121 orang meliputi pegawai dan kakitangan skim (S) dari gred 19 hingga 44 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengikuti program Sijil Profesional Asas Kerja Sosial (SPAKS) ini di dalam empat kohort bertempat di Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur dan telah lulus dengan jayanya.

WhatsApp Image 2024 12 12 at 9.46.53 AM

WhatsApp Image 2024 12 12 at 9.46.53 AM 1

WhatsApp Image 2024 12 12 at 9.46.37 AM