Seramai tujuh (7) orang pelajar dari Politeknik Kesejahteraan Sosial (POLTEKESOS), Bandung telah berkunjung ke Pejabat TNC HEPA pada pagi ini. Pelajar-pelajar ini sedang mengikuti program mobility tidak berkredit selama dua minggu di Pusat Pengaiian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial (SAPSP).
Kunjungan ini adalah untuk berkongsi pengalaman mereka selama berada di sini selain dari mendapatkan pandangan berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk pelajar UUM di mana ia dapat memberi idea baru kepada para pelajar POLTEKESOS di kampus baru kelak.
TNC (HEPA) turut mempelawa POLTEKESOS untuk berkerjasama dalam apa jua penganjuran acara bersama UUM di masa hadapan.
Turut hadir bersama delegasi ialah Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Md. Zawawi bin Abu Bakar dan Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Siti Rozaina binti Kamsani.